Sunday, March 08, 2009

Krisis Kepimpinan Perak

Di awal Februari 2009 tiga ADUN Pakatan Rakyat telah berubah parti ke parti Bebas. Mereka menyokong BN untuk membentuk kerajaan baru di Perak. Sebelum itu seorang ADUN UMNO/BN di Perak telah berpaling tadah ke PR. Ianya menyebabkan ketua pembangkang Tajol Rosli berundur dari kepimpinan BN Perak.

Satu kejutan berlaku apabila ketiga-tiga ADUN PR tersebut dan ADUN BN yang berpaling tadah muncul bersama-sama TPM Najib. Mereka menyokong BN sebagai kerajaan.

Keesokannya MB Nizar berjumpa Sultan untuk memohon pembubaran DUN. TPM Najib pula sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO baru di Perak juga bertemu Tuanku untuk membentuk Kerajaan baru.

Selepas menemui semua ADUN yang baru menyokong BN, Tuanku Sultan Pahang memutuskan supaya MB Nizar meletak jawatan dan BN membentuk Kerajaan.

Perkara ini dibantah oleh PR. Mereka berpendapat belum perlu meletak jawatan. Mereka masih boleh menunggu undi tidak percaya di DUN. Namun SUK terus mengarahkan MB Nizar dan Exconya mengosongkan pejabat. Namun Speaker DUN tidak mudah diberhentikan kerana ia dilantik oleh DUN.

Krisis berlanjutan sehingga hari ini.

MB BN dan exconya segera mengangkat sumpah jawatan dan PR terus mempertikaikan keabsahannya di mahkamah.

Speaker dari PR erus menggunakan kuasanya untuk menggantung MB BN dan exconya dari DUN. Satu persidangan kecemasan DUN dipanggil tanpa perkenan Sultan. Pendapat Speaker ianya tidak perlu kerana persidangan sebelum ini hanya ditangguhkan.

Untuk menghalang dari persidangan DUN SUK menutup SUK pada hari dijadualkan persidangan. SU DUN pula tidak mahu bekerjasama untuk mengeuarkan surat kepada ADUN. Speaker menggantung tugas SU DUN dan melantik SU baru. Mensyuarat tidak dapat diadakan di Dewan Undangan Negeri kerana pintu pagar ditutup. Lalu berlakulah persidangan DUN di bawah pohon beringin yang tidak pernahberlaku sebelum ini.

Persidangan ini memutuskan kembali menyokong Nizar sebagai MB. Menyokong tindakan Speaker menggantung MB BN dan exconya dari DUN. Memohon kepada Sultan untuk membubarkan DUN.

Dalam kesibukan krisis ahli parlimen PAS Bukit Gantang pula mennggal kerana sakit. Exco Kedah pula berhenti. Kemudiannya Ahli DUN Sarawak juga meninggal. Lalu pilihanraya diputuskan 7 April, 2009.

Dengan ini sokongan terhadap PR dan BN akan benar-benar teruji di pilihanraya selepas krisis ini berlaku.

Disamping kejadian tersebut, di Selangor telah disebarkan gambar telanjang seorang exco Cina dari PKR. Bekas boyfriendnya yang berbangsa melayu menghilangkan diri, mungkin ke luar negeri.

MB selangor pula dituduh oleh Pengerusi SPRM dengan rasuah atas tindakannya memberi lembu korban di Bandar Tun Razak dan penyelenggaraan kereta mewah peribadinya yang digunakan untuk urusan kerajaan menggunakan duit kerajaan.

Tunggulah apa akan terjadi kelah.

No comments: