Alhamdulillah, kami sekeluarga berpindah ke rumah baru pada 7 Mei 2006 yang lepas. Cukup lah dengan apa yang mampu dibuat, kami masuk tanpa peralatan sepenuhnya. Masih banyak barang-barang yang belum dapat disimpan di tempat yang sesuai. Tunggulah peruntukan baru untuk penyediaan tempat tersebut.
Selepas sekian minggu masuk, ada pulak bocor, di antara bahagian baru dibina dengan dinding asal. Di situ air dari atap terus jatuh ke lantai. Bila hujan banyak, airpu meresap dicelah rekahan simen yang tak sempurna dipasang.
No comments:
Post a Comment