Friday, December 08, 2006

Singgah sekejap

Lama tak tulis. Singgah sekejap.
Rumah siap tapi bumbung dapur bocor. Tukang buat tak betul.

Thursday, June 01, 2006

Komputer rosak

Komputer di rumahku dibeli sejak tahun 1999. Sekarang 2006. Selepas ku pasang modem dial-up baru, AGP card pulak tak berfungsi. Tiada signal di skrin.

Selepas pindah aku mohon pindah telefon ke rumah baru. Turut dipohon pindah ialah line streamyx. Walau bagaimanapun sampai sekarang line streamyx belum berfungsi. itulah sebab aku cuba ganti dengan dial-up modem. Tak tahulah bila komputer boleh baik semula.

Masuk rumah

Alhamdulillah, kami sekeluarga berpindah ke rumah baru pada 7 Mei 2006 yang lepas. Cukup lah dengan apa yang mampu dibuat, kami masuk tanpa peralatan sepenuhnya. Masih banyak barang-barang yang belum dapat disimpan di tempat yang sesuai. Tunggulah peruntukan baru untuk penyediaan tempat tersebut.

Selepas sekian minggu masuk, ada pulak bocor, di antara bahagian baru dibina dengan dinding asal. Di situ air dari atap terus jatuh ke lantai. Bila hujan banyak, airpu meresap dicelah rekahan simen yang tak sempurna dipasang.

Friday, March 24, 2006

Anak kami


Anak kami yang telah dilahirkan dalam bulan Ramadhan lepas kini sudah berumur lebih 5 bulan. Ini kini sudah boleh mengangkat punggung untuk merangkak. Merangkaknya belum sempurna. Dia suka bermain dengan apa-apa benda berwarna yang berhampiran.

Kata orang kulit dia lebih cerah dari kakak-kakak dan abangnya.

Rumah siap, Pahat berbunyi

Setelah menerima kunci pada pertengahan Januari 2006 rumahku belum boleh diduduki. Aku dan isteri decide untuk sambung bahagian dapor.

Setelah confirm dapat duit, kamipun memberikan kerja kepada satu kontraktor. Hingga sekarang kerja tersebut belum disempurnakan.

Kerja memasang mozek diserah kepada kontraktor lain. Begitu juga dengan jeriji pintu dan tingkap.

Diharap kami selamat pindah ke rumah baru menjelang akhir April ini.