Teringat puisi Rahim AR dengan tajuk-tajuk seperti berikut:
Isteriku Mengandung Sulung
Isteriku Mengandung Lagi
Isteriku Asyik-asyik Mengandung!
Oh!
Sekali lagi isteriku mengandung.
Anak yang lepas dia mengalami masalah Diabetes semasa mengandung. Alhamdulillah kelahiran tersebut normal. Kini anak tersebut sudah 2 tahun 9 bulan.
Kali ini ada masalah lain pula. Uri/Pacenta nya dibawah. Sebahagian lubang rahim tempat kepala anak keluar tertutup. Kini sudah 36 setengah minggu. Amat bahaya jika dibiarkan. Leher bayi boleh terjerut semasa kelahiran.
Jika placentanya pecah, anak dalam kandungan boleh meninggal. Kesian, kerana sudah dikandung lebih 8 bulan.
Jika tunggu dirumah, berapa lama boleh tiba ke hospital. Hospital yang berkenaan ialah HUKM. Jika jalan tak sesak 20 minit boleh sampai dari rumah. Itupun kalau boleh cepat kekereta. Dan mungkin 1.00 malam. By the time tiba di hospital bayi mungkin sudah meninggal.
Oleh itu ibu perlu ditahan di hospital. Isteriku ditahan bermula pada Isnin6 Oktober, 2005.
Tinggallah aku bersama anak-anak dan pembantu rumah. Melayan kerenah mereka. Bukanya senang. Tambah pula bulan puasa. Abang Ngah dalam Darjah 3. Beliau bangun bersahur. Tapi bila dikejut ke sekolah, beliau sangat mengantuk. Asyik merenget hingga ke bilik air. Masuk bilik air tak mandi. Hanya siram kaki. Akhirnya keluar dan terus tidur. Hari ini Sabtu, sekolah ada sebagai ganti cuti selepas raya. kesian anak-anak. Ahad pula ada kelas Smartreader. Tak boleh cuti.
Sekian dulu untuk kali ini.